Pendahuluan Penglibatan wanita dalam politik Sarawak

Wanita di zaman ambang kemodenan ini, semakin berkembang pesat sehaluan dengan kemodenan yang diperkenalkan. Antara perkembangan signifikan wanita yang dimaksudkan adalah seperti wanita semakin aktif mengambil bahagian dalam membuat keputusan berkaitan isu ekonomi, sosial dan pendidikan dalam negara [1].


Wanita mestilah diberi peluang untuk menyuarakan pendapat mereka dalam proses penggubalan polisi kerana perkara ini yang menonjolkan lagi demokrasi yang diamalkan di Malaysia iaitu kedua-dua jantina diberi peluang untuk menggubal polisi. Penggubalan dan penggamalan polisi kebiasaannya melibatkan setiap individu dalam negara ini tanpa mengira perbezaan jantina. Namun demikian, pada masa kini masih terdapat lagi suara-suara wanita terutamanya mereka daripada latar belakang yang bukan seperti wanita berfikiran maju di bandar.


Oleh itu, wanita daripada Sarawak terutamanya, haruslah diberi peluang untuk mengamalkan demokrasi dengan melibatkan diri dalam politik pada peringkat negeri sebelum memasuki peringkat kerajaan persekutuan.